Protected by Copyscape Original Content Checker

Walaupun saya tak nampak apa yang awak sedang lakukan, namun ALLAH SWT MAHA MELIHAT. Ingat tu!

Jumaat, 22 Jun 2012

Dosa Kelmarin Bhg 3. (Kisah Bersiri)

 Bagi yang belum lagi membaca Bhg 1 dan Bhg 2, Boleh klik (Bhg 2) dan (Bhg 1)




*************************************************************** 
5 Tahun kemudian.
***************************************************************

Keadaan semuanya telah berubah. Dany yang sekarang kini bukan lagi Dany yang seperti dahulu. Dany kini telah menjadi seorang yang agak liar pabila menjangkau usia belasan tahun. Dan memasuki ke alam remaja. Pergaulan, perturturan bicara, tidak lagi dihiraukan oleh dirinya. Segala nasihat dan segala larangan tidak termakan langsung oleh dirinya. Apa yang dia mahu semua akan dia lakukan.

"Dany, malam ni jom lepak kat PJ." Sapaan Fakrul dari belakang sambil menepukkan telapak tangannya di bahu Dany.

"Apa? PJ? Haha okay aje... Lagipun, PMR kan dah habis. So? Enjoy!"

"Yeah! Merdeka!" Beberapa rakan yang menyahut.

"Banyaklah kau orang punya merdeka. Ingat! We all will sit the SPM test two years from now." Sofia mencelah.

"Haah lah... Kau orang ni... PJ tu dekat mana aku tak tahu pun?" Dituruti oleh Annisa.

"Nampak beno tenggelamnya kau ni Annisa. PJ tu Putrajaya lah... Hahaha lawak lawak..." Sindir Fakrul.

"Eleh... Kau tu macamlah pandai sangat Fakrul. Kita tengok nanti result PMR kau macam mana."

"Arh! Wei, dah lah tu. Mama dengan papa aku tak ada rumah. Tadi cakap nak lepak PJ, jadi tak ni? Bosan doh duduk rumah layan diri aje..."

"Jadi tu memanglah jadi. Tapi kita nak pergi macam mana? Transport tak ada lah. Aku cakap aje bolehlah... Apa kau cakap tadi Dany? Bosan duduk rumah? Ai... Kau kan ada driver... Takkan bosan lagi kot... Hahaha."

"Kau ingat ada driver boleh enjoy sana-sini? Sah kau salah. Disebabkan aku ni masih dalam tanggungan family, and aku belum ada lesen lagi. Jadi aku dapat pergi ke tempat yang diarahkan papa aku aje. Kalau tempat yang merepek tu, impossible lah driver tu nak bawakan aku. So, nak tak nak aku kena tunggu lah sampai keluar result PMR nanti. Silap-silap tahun depan lah kot aku nak ambik lesen. Haha. Eh, kau orang pun ambik lah lesen sekali tau. Nanti boleh lah nak lepak mana-mana."

"Hmm. Eh! Mesti lah kena ambik lesen. Habis sekolah nanti boleh enjoy. Tak ada makna aku nak terus balik rumah. Malas aku nak duduk dalam rumah aku tu. Rasa panas aje sejak bapak tiri aku tu wujud dalam rumah aku tu." Rungut Fakrul.

"Hahaha biasa lah tu. Eh, driver aku dah sampai aku gerak dulu lah ek. Karang kau online FB tak weh?"

"Of course lah. Wei, wei! Sini kejap." Fakrul membisik.

"Apa lagi? Driver aku dah tunggu tu."

"Karang kau onn lah FB. Aku ada 1 video ni nak tunjuk dekat kau. Memang syok lah!"

"Haa? Video? Hmm... Iyalah..." Dany segera menaiki kereta.


"Itu semua kawan-kawan Dany ke?" Tanya Azmil yang sedang memandu.

"Haah. Kenapa?" Selamba jawapan dia.

"Tak ada. Saja abang tanya."

"Oh iya! Abang Azmil, ada papa and mama cakap dia orang nak balik bila?"

"Tak ada pula. Kenapa?"

"Tak ada apa-apa lah abang Azmil..." Agak sedikit mengerut keningnya kerana hampa.

"PMR kan dah last. Macam mana final exam tadi?"

"Okay aje. Pasti and confirm dapat 8A punya lah..."

"Wuah... Betul betul confident ya?"

"Yes! Of course lah..."


Menjelang malam. Dany seperti biasa melakukan rutin harian di dalam biliknya dengan melayari Internet. Seperti biasa juga laman yang pertama akan dia layari adalah laman sosial Facebook. Tambahan pula rakannya sudah mencecah ke 2000 lebih. Maklumlah anak orang kaya dan suka bergaya. Jadi ramailah anak-anak gadis remaja yang suka mengambil dia sebagai adik angkat dan abang angkat.  Kloock! pesanan di Facebook dari Fakrul.

"Woi! Apa macam? mau ka?

"Yup! Mau apa?"

"Gila! Buat-buat tanya pula kau ni."

"Haha okay Mana video tu?"

"Ni. Mantop weh video ni..." Dikirimkan pautannya sekali.

"Woi!!! Pergh!!!"

"Apahal kau ni Dany?"

"Wei! Mana kau dapat video ni haa? Terbaik. Terbaik. Terbaik siot!!!"

"Haa... Tengok oranglah. Ini Fakrul lah... Kau ni macam baru kenal aku pula."

"Haha aku memang dah lama kenal kau lah... Saja buat-buat tak kenal aje..."

"Ceh! Kereklah kau... Sekarang dah meletup video dia ni lah weh..."

"Oh iya ke? Apasal kau lambat roger-roger kat aku? Spoil  kau ni..."

"Ha'alahai... Relax lah kau ni... Aku pun baru tahu semalam. Sebelum aku nak share dekat kau, aku check dulu. kot-kot palsu ke kan... So, Apa macam?"

"Fuhhh! Baik lah weh... Terbeliak biji mata gua! Haha... Eh, banyak lagi kan  video clips dia ni?"

"Eh, memang lah... Kan aku dah cakap tadi. Sekarang tengah hangat dia ni lah."


Mereka berberbual di laman sosial itu sehingga ke lewat pagi. Sibuk berbicara mengenai klip video lucah itu. Video yang akan merosakkan Akhlak dan boleh juga mempengaruhi minda anak-anak remaja masa kini. Dan lama-kelamaan Dany sudah terbiasa dan asyik dengan menonton klip video lucah yang akan mengundang dosa itu. Tiada bimbingan agama, beginilah jadinya. Nurul Aizah yang dikenalinya sewaktu sekolah rendah dahulu mungkin boleh membantu sedikit-sebanyak mengajar Dany dengan ilmu agama islam. Walaupun sedikit ilmu yang diajarkan, malah Aizah sudah berjaya memperkenalkan ilmu Allah S.W.T kepada Dany. Tetapi kini lain pula jadinya apabila mereka sudah berpisah dan berpindah ke sekolah menengah yang berlainan. Nazri & Masrina begitu sibuk ingin mengejarkan kekayaan dunia sahaja. Sedang ilmu agama islam tidak lansung menjadi penting bagi mereka untuk diturunkan ke Dany. Jikalau dulu kita mengimbaukan kembali, Nazri & Masrina sangat-sangat menginginkan seorang anak. Dan ingin menjadikan anak mereka yang terbaik sekali. Namun sekarang semuanya sudah berubah. Yang menjadi penting bagi Nazri & Masrina untuk anak tunggalnya Dany adalah Keperluan, dan pengajian sehingga ke luar negara. Itu yang dimahukan oleh kedua orang tuanya. Setakat hanya memberikan pendidikkan dan pekara-pekara dari segi duniawi sahaja rasanya belum cukup lagi untuk menjadikan anak mereka diantara yang terbaik.

*****************************************************************

Beberapa bulan kemudian. Tahun baru sudahpun menjelma. Dan oleh kerana Dany lulus di dalam ujian peperiksaan PMR nya, keputusan peperiksaannya sangat memuaskan hati kedua-dua orang tuanya. Dia perolehi markah 7A 1C di dalam mata pelajarannya. 1C adalah mata pelajaran Agama Islam. Sebagai tanda penghargaan, Nazri menawarkan apa sahaja yang diminta oleh anak tunggalnya. Oleh itu, Dany pun dengan tanpa membuang masa terus dia meminta apa yang dia hajati sebelum dia mendapat keputusan peperiksaan PMR lagi.

"Papa, Dany ingat nak ada lesen motorlah." Pujuk Dany semasa mereka sekeluarga sedang bersantai di halaman luar rumah.

"Lesen motor? Oh tidak. Dany kan masih muda. Belum sampai masanya lagi untuk Dany berada di litar jalan raya ni. Lagipun, kan ada driver. Buat apa nak susahkan diri nak pergi sekolah naik motor? Dulu Dany kan yang nak sangat ada driver." Jawapan Nazri sambil matanya tertumpu membacakan surat khabar.

"Ala... Papa ni lecehlah... Bolehlah papa. Hari selasa minggu depan kawan-kawan Dany semua dah janji nak ambik lesen sama-sama." Seboleh-boleh dia mahukan jawapan 'YA' dari papanya.

"Papa ni bagi ajelah dah anak tu nak belajar berdikari. Lagipun dah nak masuk 16 tahun umur dia." Masrina juga turut memujuk suaminya itu.

"Bukan apa, papa tak nak Dany bergaul dengan budak-budak remp-it yang di luar sana tu... Bahaya tahu?" Tegas nadanya.

"Ala... Papa pleas... Dany janji tak jadi macam dia orang semua tu..." Berlutut dia di hadapan Nazri.

"Tidak. Papa kata tidak. Tidak lah! Sejak bila dah pandai memaksa ni?" Menaik tinggi suaranya.

"Tak apa lah papa kalau tak nak bagi. Susah betullah! Tadi offer boleh minta apa aje. Sekarang dah cakap lain." Dengan muka yang sangat menyesal dan marah. Merungut dia sambil beredar dari ruang santai. Lantas dia masuk ke dalam rumah.

"Dany! Dany! Nanti dulu sayang!" Panggilan Masrina tidak dihiraukan Dany.

"Sudah. Sudah lah tu. Biarkan sajalah dia nak merajuk. Sikit-sikit nak merajuk."

"Dia ikut perangai abang lah suka merajuk."

"Eh. Ada ke situ pula ayang ni."

"Abang... Fikir-fikirkanlah permintaan dia. Biarlah dia belajar berdikari sikit."

"Kadang-kadang Abang rasa, kita ni macam terlalu mendengar aje arahan dia. Abang risau takut jadi lain nanti."

"Abang, apa ni bang? Kan anak kita tu bang. Tergamak abang cakap macam tu. Dulu tak ada anak, nak anak. Sakarang dah dapat anak. Haih... Susahlah cakap dengan abang ni."


Malam yang dingin. Dany mengurungi dirinya di dalam bilik. Pintu biliknya diketuk dan dipulas tombol pintunya. Namun terkunci. Tabiat merajuk Nazri kini telah diwarisi oleh anaknya. Pintu diketuk berulang kali. Dany sedikitpun tidak menghiraukan ketukkan itu. Keras sungguh hatinya. Entah bagaimana, hatinya tergerak untuk bersuara.

"Siapa?" Tanya Dany.

"Papa ni. Bukak lah pintu."

"Tak nak. Selagi papa tak bagi Dany ambik lesen motor Dany tak akan keluar. Biar Dany mati kebuluran dan mayat Dany kering berulat. Haa... Masa tu Papa dah tak ada seorang anak pun lagi." Dengan ugutan Dany yang begitu merisaukan hati Nazri, akhirnya dia mengalah dan membenarkan anaknya untuk mengambil lesen motosikal.

"Okay. Okay. Papa benarkan Dany ambik lesen motor." Dengan segera dia membukakkan pintu biliknya.

"Betul ke papa? Serious?" Tersenyum lebar dia.

"Ya! I'm serious. But there is one condition."

"Haa? Ala... Papa ni... Syarat apa pulak?"

"Syaratnya, Dany mesti score dalam pelajaran. Jangan memalukan mama dengan papa. And jangan menghamparkan hati mama dengan papa. Understand?"

"Hmm. Okay. Dany cuba."

"That's great."

"So, bila dany dah boleh ambik lesen? Minggu depan hari selasa eh?" Berseri-seri wajahnya.

"Esok."

"What?"

"Esok."

"Esok?"

"Ya. Esok. Apa suara papa kurang lantang ke? Nak kuat lagi?"

"No. No. No. But why tomorrow? Kawan-kawan Dany pergi minggu depan. Esok kan hari khamis."

"Saja. Biar papa yang hantarkan Dany ke kelas memandu esok."

"Apa? Ala... Kenapa mesti papa yang hantarkan?"

"Kenapa? Ada apa-apa masalah? Ke Dany nak papa batalkan balik semuanya?"

"Oh, jangan. Tak ada apa-apalah. Okay aje. Esok eh?"

"Nak papa jerit satu rumah ni ke?"

"Hahaha okay lah bos." Tak apa lah. Papa hantar pun papa hantar lah. Asalkan aku dapat ambik lesen dan aku dapat bebas dari keluarga. Yooohooo! Laung hatinya yang sungguh girang.

***************************************************************

Beberapa bulan kemudian. Dany masih lagi merasakan kekosongan dan kebosan. Kerana lesen sudah berada di dalam genggaman. Namun kenderaannya tiada untuk ditunggang. Fuhhh! Bosan betul lah. Aku ni nama aje dah ada lesen motor. Tapi. Huh! Sebijik motor pun tak ada kat luar tu. Menimbun kereta aje berlambak kat luar tu. Hahaha memang inilah hakikatnya kalau jadi anak orang kaya Merungut dia keseorangan di dalam keadaan bebaring di sofa sedang jari terlunjuknya memicit-micit butang alat kawalan jauh television. kerana dek kebosanan yang tinggi. Segala rancangan di television yang ditontoninya satu pun tiada yang menarik di hatinya.

"Dany, naik atas pergi tukar baju. Jom temankan papa pergi Ampang."

"Ampang? Nak buat apa pergi sana? Ala... Suruh mama ikutlah."

"Mama ada urusan lain. Nak buat persiapan sikit. Esok ada party."

"Party? Untuk apa?"

"Ada lah... Dah dah... Pergi naik atas tukar baju. Jom ikut papa keluar."

"Hmm... Okay..."

Sewaktu sedang bersiap-siap di dalam biliknya, Dany berbicara keseorangan lagi. Esok ada party? Party untuk birthday aku kot. Dia orang tahu ke tak ek birthday aku esok? Huhu Dengan berhiaskan Black v-neck sweater dan dikenakan pula bersama Blue jeans. Sudah cukup untuk menampakkan ketampanan dirinya untuk menarik perhatian gadis-gadis remaja diluar nanti.

"Okay papa. Jom!" Nazri terkedu.

"Wuah. Smart lah anak bujang papa ni."

"Haha tengoklah. Anak siapa?" Sambil menggesekkan hujung ibu jarinya ke hujung hidungnya.

"Hehe dah tentulah anak Encik Nazri. Kehkehkeh."

"Kenapa papa yang drive?  Kenapa tak abang Azmil yang drive?" Tanya Dany semasa kereta yang dinaikinya sedang dipandu oleh papanya.

"Kan papa dah cakap tadi. Mama ada urusan lain. So, Abang Azmil terpaksalah mehantarkan mama. Sebenarnya mama nak pergi pasarayalah."

"Oh... Cakaplah tadi. Ni tak. Banyak betul kiasan papa tu. Hahaha errr... Papa..."

"Hehe ya. Ada apa?"

"Esok hari apa? Dan berapa hari bulan?"

"Esok? Esok kan hari minggu."

"Iyalah... Hari minggu tu hari apa?"

"Hari ahad lah kan? Kenapa?"

"Okay. Ada apa dengan hari ahad esok?"

"Ada party lah."

"Party untuk apa?"

"Hey! Kenapa anak papa ni? Okay ke?" Diletakkan belakang tapak tangannya di dahi anaknya.

"Hishhh! Apalah papa ni. Ingat Dany ni budak perempuan ke?" Ditepis tangan papanya.

"Kihkihkih." Sorry Dany. Papa tahu esok adalah hari jadi Dany. And ini amanah mama supaya jangan beritahu yang party esok tu, adalah party untuk hari jadi Dany. Hmm! Apa hadiah aku nak bagi dekat anak bujang aku ni ek?  Bisik hati Nazri disusuli dengan mengukirkan senyuman disebalik pertanyaan dari anaknya yang belum dia jawab.

"Senyum-senyum pula papa ni. Kita nak pergi mana ni?" Mempamerkan pandangan sinis.

"Nak pergi maybank lah. Kenapa?"

"Lah... Nak pergi bank sampai jauh-jauh ni. Apa dekat cheras tak ada bank ke?"

"Jauh? Mana ada jauh. Selagi kita masih berada di kuala lumpur ni semuanya dekat-dekat belaka. Banyak tanya betul lah dia ni. Macam perempuan. Saja a je papa nak bawa jalan-jalan. Papa tengok Dany asyik boring aje."

"Memang boring pun. Sebab tak ada motor."

Sesudah sampai di Ampang, Dany memutuskan untuk tidak masuk ke bank bersama-sama dengan papanya. Sebaliknya dia mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar bandar itu. Tempat yang menjadi hatinya tertarik adalah Kedai motorsikal. Dan motor yang menjadi pilihannya adalah motor Honda CBR250R yang berwarna hitam. Dia memanggil salah seorang pekerja dari kedai itu dan menanyakan berapa harganya, apa kelebihannya, dan sebagainya. Namun hatinya sedikit hampa. Kerana motor yang dipilih amat mahal sekali harganya. Aku nak beli kau. Tapi kau ni mahal sangatlah.  Diusap-usapnya motor itu. Tiba-tiba. Alunan muzik beriramakan shuffle menggeletarkan kocek seluarnya. Ah? Papa? Ish! Potong betullah.

"Dany kat mana? Papa nak ke sana bawa kereta sekali."

"Kat kedai motor. Papa jalanlah depan sikit. Nanti nampaklah Dany kat luar ni. Sebelah kiri tau."

Semasa di dalam kereta. Bayangan motor tadi masih lagi bermain-main difikirannya. Apa saja yang dibicarakan Papanya tidak langsung dikisahkan. Aku mesti dapatkan jugak motor tu. Duit simpanan aku sekarang ada lebih kurang dalam 16,000. Okay! Bermakna aku kena cari lagi 2,000 lah. Smart betullah motor tu. Rugilah kalau aku tak beli.

"Pilih motor ke tadi?" Nazri berseloroh.

"Haah..."

"Motor honda?"

"Hmm! Honda cbr250r. Memang smart gila motor tu papa. Tapi harga lebih kurang 18,000 lah papa."

Bagus! Besok aku belikan motor tu untuk dia. Sebagai hadiah untuk hari jadinya. Mahal pun tak apalah. Dany kan seorang aje anak tunggal aku yang aku ada. Setakat 18,000 alah... apa ada hal...


Dan hari ini 3/7 tibalah malam istimewa yang akan diadakan di rumahnya. Mereka sekeluarga berpakaian sungguh indah. Motor Honda CBR250r sudahpun dibeli oleh Nazri. Kini siap tersimpan rapi. Hanya tunggu masa sahaja untuk dipamerkan ke Dany dan dikhalayak ramai. Meja beroda ditolak Masrina. Diatasnya ada sebuah kek berbentuk segi empat besar. Dipadamkan semua cahaya yang bersinar. Hanya tinggal cahaya malap sahaja. Alunan muzik dimatikan. Dany yang sedang asyik berbual bersama rakan-rakannya tercengang. Mengapa semuanya gelap? Kemudian keluarlah suara nyanyian seorang wanita.


" Happy birthday to you... Happy birthday to you... Happy birthday to Dany... Happy birthday to you..."

"Mama?"

"Salamat hari jadi sayang..." Dicium dahi Dany.

"Thanks mama. This is surprising for me."

"Okay. Tiup lilin ni."

"Ehem ehem! Dany, tengok sini." Nazri membawa motor Honda idaman Dany yang berwarna merah ke arahnya.

"Papa? Papa?! Wow! Hahaha Papa?!" Dia terkejut. Seolah-olah ini mimpi.

"Ya! Ini untuk Dany."

"Yeah! Thanks papa." Dia naik diatas motor itu. Seluruh tetamu dan rakan-rakannya bersorak dan bertepuk tangan untuknya.

"Okay. Papa nak Dany belajar bersungguh-sungguh. Boleh? Tahun depan SPM. Pastikan dapat masuk Universiti."

"Okay! Papa no problem."

"Fuhhh! Smart lah motor lu bro. Nanti bawalah gua bonceng ek." Fakrul mencelah.

"Hahaha piss! piss! Lu agak-agaklah wei... Gua baru nak merasa ni. Pusing-pusing 1 KL pon belum lagi. Lu dah demand  macam-macam." Dia membisik di telinga Fakrul.

"Ha'alah... Lu ni. Kerek betul. Gua demand 1 aje kot."


Bersambung...