Bagi yang belum membaca Bhg 1, boleh klik (Bhg 1)
****************************************************************

****************************************************************
10 Tahun Kemudian.
****************************************************************
Alhamdulillah.
Dengan berkat Illahi. Dan rezeki anaknya. Nazri kini telah dinaikkan pangkat dan
mengambil alih sebagai Pengarah urusan. Muhammad Hafiz Danial. Atau lebih
selesa dipanggil oleh kedua-dua orang tua nya. Ialah Dany. Dany
dibesarkan dengan kehidupan yang serba mewah. Oleh kerana terlalu sayang
dan Dany adalah anak tunggal mereka, Masrina & Nazri menuruti
segala apa yang diminta oleh Dany. Menjaganya seperti menatang minyak
yang penuh.
"Papa, hari ini papa hantarkan Dany ke sekolah ya?" Tanya Dany sewaktu sedang bersarapan bersama papa dan mama nya.
"Hmm? Kenapa pulak? Dany dah boring naik van ke? Hahaha." Jawab Nazri sambil ketawa.
"Dany
malu lah papa. Kawan-kawan Dany dalam kelas tu. Semua mak ayah dia
orang yang hantarkan. Siap ada driver sekali. Mama dengan papa hantar sekali aje masa
mula-mula nak masuk sekolah dulu."
"Oh...
Jadi buah hati mama ni nak kan driver lah ya? Hmmm... Papa, This is
your job, Mama tak tahu." Usik Masrina sambil senyum-senyum sinis pada Nazri.
"Mama
dia ni pun... Saja kan? Hehe ok lah Dany. Nanti papa akan cuba
carikan driver untuk Dany. But, hari ini papa tak boleh hantar Dany.
Papa ada meeting di johor. Entah sempat ke tidak papa sampai ke johor
nanti. Papa janji bila papa free nanti papa akan hantarkan Dany ok?
Alamak! Papa dah lambat dah ni. Sayang, Abang pergi dulu ya. Mungkin
seminggu Abang di johor. Take care sayang. And my hero ni... jangan
nakal-nakal tau."
"Ok Abang, Hati-hati bila drive ya Bang. Dany, Salam papa."
"Papa, Nak 10 ringgit boleh?" Dia menadahkan tangan sesudah bersalam.
"Nak 10 ringgit? Nanti minta pada mama ya sayang."
Sesudah
Dany sampai ke sekolah, Dia melihat rakan-rakannya dihantar oleh ibu
dan bapa mereka. Dan sesetengahnya ada yang berjalan kaki sahaja. Dia
berfikir kembali. Rupa-rupanya ada lagi yang lebih susah dari aku.
Hmmm... Tak apa lah. Berkata dilubuk hati kecilnya.
"Dany, kenapa muka kau moyok je? Kau sakit ke?" Teguran Izhan rakan sekelasnya.
"Entah la wei. Aku rasa macam tak seronok la." Balasnya kembali bersama riak wajah yang agak muram.
"Ala... Dah la wei. Relax la. Eh, Wei, Kau tahu tak hari ni ada apa dalam kelas kita?"
"Ada apa? Bagi tahu la Izhan. Aku tak tahu pun wei. Macam mana kau boleh tahu? Cepat la cakap."
"Hahaha
kelakar la kau. Macam mana kau nak tahu kalau kau asyik melayan dak
Azman dengan dak Ihkwan dekat belakang kerusi tu semalam."
"Oh, iya ke? Haha yalah... Wei, cepat la cakap... Ada apa hari ni?"
"Hari ni ada budak baru nak masuk la dalam kelas kita."
"Apa? Ada budak baru? Dari mana? Lelaki ke Perempuan? Hisshh... Best nya kalau dia perempuan... Huhu."
"Ya. Budak baru. Cikgu Noraini cakap dari Port Dickson. Lelaki ke Perempuan, aku tak tahu."
"Bangun
semua. Selamat pagi cikgu." Kata si murid ketua kelas itu.
"Ya. Selamat pagi semua murid-murid boleh duduk." Sambut guru itu. Dan didatangi bersamanya seorang kanak-kanak perempuan yang dikatakan pelajar baru itu.
"Ya. Selamat pagi semua murid-murid boleh duduk." Sambut guru itu. Dan didatangi bersamanya seorang kanak-kanak perempuan yang dikatakan pelajar baru itu.
"Baiklah.
Sekarang kamu kenalkan diri kamu." Kata guru kepada si pelajar baru
yang kelihatan wajahnya seperti ketakutan. Mungkin kerana dia masih
baru.
"Assalammu'alaikum... Nama saya, Nurul Aizah Binti Kamal. Saya dari Port Dickson."
"Baiklah Aizah. Sekarang kamu boleh duduk di sebelah Azila."
Jam menunjukan pukul 10.30 pagi. Waktu rehat sudah pun tiba. Dany memperkenalkan dirinya kepada Aizah.
"Hai, Nama saya..."
"Nama awak Hafiz Danial kan?" Seakan memeranjatkan Dany. Bagaimana Aizah tahu nama dia?.
"Eh, Betul la nama saya tu. Macam mana awak tahu?" Macam mana dia tahu nama aku?. Bisik hati kecilnya.
"Hahaha apa la awak ni... Kan dekat baju awak tu ada nama awak. Apa la..."
"Eh, Haah.. laa... Lupa pulak... Sorry. Sorry. Hehehe." Merah padam pipi Dany.
"Haha awak duduk dekat mana?" Tanya Aizah kembali.
"Saya berdiri ni. Mana ada duduk. Hahaha"
"Ala... Main-main la awak ni.. Maksud saya, awak tinggal dekat mana?"
"Oh,..
Saya tinggal dekat Taman Suria Residen. Dekat Cheras. Awak duduk Port
Dickson ke? Berapa lama awak duduk sana? Kenapa awak pindah KL pulak?"
"Haah... Saya dulu duduk dekat Port Dickson. Lepas tu ikut bapak pindah KL sebab bapak kerja KTM. Ayah awak kerja apa?"
"Papa saya bos besar!."
"Oh, iya ke? Seronok kan jadi anak bos? Hehehe"
"Entah... Seronok kot... Hahaha."
Mereka
berdua berbual sehingga terlupa ingin pergi ke kantin. Dan waktu rehat
telahpun tamat. Tamatlah kelas untuk hari ini. Dany dijemput oleh
sebuah van yang bewarna merun kehitam-hitaman. Sampai dirumah. Kasut
ditanggalkan. Masuk ke dalam rumah. Dany menjerit-jerit memanggil mamanya.
"Mama! Mama! Oh! Mama." Dan keluarlah seorang pembantu rumah dari bahagian dapur terus memberitahu Dany sesuatu.
"Mama! Mama! Oh! Mama." Dan keluarlah seorang pembantu rumah dari bahagian dapur terus memberitahu Dany sesuatu.
"Dany cari mama ya?"
"Haah... Mana mama Mak Piah? Selalu macam ni dia dah balik dah."
"Tadi
puan ada telefon. Dia bagi tahu yang hari ni dia balik lambat sikit.
Kerana belah petang ada pelajar lagi untuk dia. Dan dia suruh pesan
pada Dany."
"Oh, Ok. Thanks Mak Piah. Dany naik atas dulu la." Berkata dia sambil menuju ke bilik atas.
Tubuhnya
dihempaskan ke atas tilam. Baru berusia 10 tahun. Sudah pandai
memikirkan tentang cinta. Menyebut-nyebut nama Aizah. Aizah, Awak
cantik la. Lagi cantik dari budak perempuan yang ada dalam kelas saya.
Hahaha. Jam menunjukkan pukul 4.43 petang. Mak Piah terjerit-jerit
memanggil Dany untuk turun ke bawah makan tengah hari.
"Dany! Dany! Turun bawah makan. Nanti mama balik dia marah Dany lambat makan." Jerit Mak Piah.
"Okay! Okay. Nak turun lah ni..." Segera turun ke bawah. Melabuhkan punggungnya di atas kerusi makan yang kelihatan seperti antik.
"Dany! Dany! Turun bawah makan. Nanti mama balik dia marah Dany lambat makan." Jerit Mak Piah.
"Okay! Okay. Nak turun lah ni..." Segera turun ke bawah. Melabuhkan punggungnya di atas kerusi makan yang kelihatan seperti antik.
"Mak Piah, Jom makan sekali dengan Dany."
"Mak Piah ni cuma orang gaji. Dany makan lah ya. Mak Piah nak solat kejap ya."
"Mak Piah selalu solat kan? Kenapa Mak Piah?"
"Solat itu wajib Dany. Mak Piah tak pernah tengok Dany bersolat pun."
"Hehe Ala... Nanti Dany solat lah bila dah besar nanti ya Mak Piah."
"Solat ni tak boleh tunggu sampai kita dah besar ataupun dah tua Dany."
Dany
terdiam mendengar kata-kata dari Mak Piah. Selesai dari makan. Dia
duduk di sofa. Menonton televisyen sambil menunggu kepulangan mamanya.
Telefon rumah berdering. Bergegas dan segera menjawab panggilan. Fikir
Dany itu mungkin panggilan dari mamanya.
"Hello,"
"Hello. Ini Dany ya? Ini aku la Izhan."
"Haa... Kau Izhan. Nak apa telefon aku ni?"
"Nak cerita pasal budak baru tu la... Cantik kan dia? Apa kau sembang dengan dia tadi?"
"Ah!
takda. Kau jangan pandai-pandai nak ngorat dia. Aku tumbuk kau nanti.
Ada la. Aku cakap macam-macam dengan dia. Kau sibuk kenapa?"
"Eleh... Relax lah wei. Aku tanya pun nak marah ke? Poyo lah kau!"
"Kau cakap aku poyo? Kurang asam kau! Kau tu yang melebih. Jaga kau esok."
"Hahaha eleh... Aku main-main je... Eh Dany, Dak Azman kata lusa dia bayar hutang kau."
"Hahaha
tahu pun takut. Apa lusa? Haa... Yalah... Mentang-mentang rumah kau
dengan rumah dia dekat je. Boleh pulak dia main pesan-pesan. Tadi dekat
dalam kelas taknak cakap sendiri dengan aku."
"Kahkahkah! Dia malu la kot dengan kau. Kau kan gangsters. Kau tengah buat apa tu?"
"Aku tengok tv je. Tunggu mama aku balik."
"Haha anak mama lah katakan... Ok lah. Nanti jumpa esok dekat sekolah?"
"Hmm. Ok. Bye."
Telefon
di dalam genggamannya diletakkan kembali ke tempat asal. Terdengar bunyi
enjin kereta. Pintu dibuka tersenyum lebar Dany melihat mamanya sudah
pulang.
"Mama!" jeritnya dan terus berlari-lari ingin mendapatkan Masrina.
"Mama!" jeritnya dan terus berlari-lari ingin mendapatkan Masrina.
"Mama, Kenapa lambat balik?" Dany bersuara sedang berada di dalam dakapan Masrina.
"Mama ada pelajar ramai tadi sayang. Sorry,.. Dah makan ke buah hati mama ni?"
"Hmm... Dah. Mama, Tadi dekat sekolah kan ada budak baru dalam kelas Dany."
"Ya? Lelaki ke perempuan?"
"Perempuan. Cantik... Macam muslimah..."
"Ya? Anak mama ni dah pandai tengok perempuan ya... Siapa nama dia?"
"Nama dia Nurul Aizah. Dari Port Dickson."
"Port Dickson? Hehe Ok lah sayang. Mama penat sangat ni. Mama nak mandi, lepastu nak rehat sekejap. Ok sayang."
****************************************************************
3
bulan telahpun berlalu. Hubungan Dany dan Aizah semakin akrab. Mereka
sering berkongsi pendapat. Dany membantu Aizah di dalam mata pelajaran
Matematic. Dan Aizah pula berkongsi sedikit sebanyak mengenai ilmu agama
islam. Driver yang Dany impikan sudah pun dicari oleh papanya Nazri.
Kerana sayang, Nazri sentiasa menginginkan dan mengusahakan yang
terbaik untuk Dany. Namun sayang beribu kali sayang. Nazri lebih
mementingkan dan melebihkan pekara-pekara dari segi duniawi sahaja.
Sedangkan ilmu akhirat yang bakal tiba di hari kelak tidak langsung dia
memperkenalkannya pada Dany. Sehinggakan Dany sudah mula bertemu dengan
debu-debu dosa. Mujurlah dengan adanya Aizah. Bolehlah sedikit-sebanyak
dia mengajar Dany dan memperkenalkan Dany dengan ilmu akhirat. Namun
dengan faktor usia yang terlalu muda. Belum cukup lagi ilmu yang ada
pada Aizah untuk membimbing Dany ke jalan yang diredhaiNYA. Masih banyak
lagi hukum-hakam yang harus Aizah memahami dan mempelajari. Kereta mercedes hitam yang akan dipandu oleh Azmil telahpun tersedia untuk
Dany. Azmil ialah pemandu muda yang akan menjadi driver Dany sepenuh
masa untuk dia ingin kemana-mana yang dia hajati. Kebetulan sejak
kebelakangan ini Nazri & Masrina sering tiada dirumah. Masing-masing
dengan kesibukkan kerjaya masing-masing. Dany pun selalu dibiarkan
dirumah. Sehinggakan dia merasa dirinya tersisih. Walaupun dirumah ada
Mak Piah. Namun Dany tetap merasa kekosongan di dalam dirinya. Tambahan
pula dia anak tunggal, Jadi dengan adanya driver buat Dany, Dapatlah dia
menghilangkan kebosanannya. Namun tidak semua tempat yang boleh dia pergi. Kerana Nazri & Masrina sentiasa menginginkan yang terbaik buat Dany.
"Dany kalau nak kemana-mana nanti minta abang Azmil bawakan ya? Sorry sangat dalam 2-3 bulan ni papa busy sangat-sangat..."
"Hmmm... Ok lah... Papa tu memang selalunya busy je kan. Boring betul!"
"Dah
kerja papa macam ni Dany... Nak buat macam mana. Kenapa pulak tiba-tiba
anak papa cakap macam ni pulak ni? Marahkan papa ya?"
"Mana ada marah. Papa, Kalau Dany nak mintak sesuatu boleh?"
"Apa dia sayang? Kalau nak mintak papa belikan kapal terbang tak boleh lah... Nanti orang nak naik apa. Hehehe"
"Ala... Papa ni saja je... Hahaha... Nanti cuti sekolah bulan depan, kita pergi jalan-jalan boleh papa?"
"Alamak. Papa minta maaf sekali lagi... Bulan depan papa kena pergi Kuala Terengganu. Ada pekara besar la sayang..."
"Haa?
Ala... Papa ni... Leceh la... Dah la!" Dia merajuk. Berlari
menaiki tangga dan mengurungi dirinya di dalam bilik.
"Dany!
Dany! Nanti dulu!... Ah!... Merajuk dah tu." Mencapai telefon
bimbit. Menelefoni Masrina yang sedang bekursus di Seremban.
"Hello, Sayang, Busy tak?"
"Tak busy sangat lah. Kenapa Abang? Ada apa-apa yang tak kena ke dirumah?"
"Hahaha bukan Ayang. Buah hati Ayang tu dah marajuk dah dia."
"Merajuk? La... Kenapa pulak tu? Apa Abang sakat dekat dia?"
"Ayang
tahu kan bulan depan Abang ada urusan besar dekat Kuala Terengganu. So, sekarang ni buah hati Ayang tu dia dah mintak nak jalan-jalan. Kebetulan
cuti sekolah pulak pada bulan tu. Macam mana ni Ayang? Abang serba salah
dibuatnya. Kalau tak pergi meeting dekat Kuala Terengganu tu, rasanya
tak boleh. Sebab Abang la orang kuat dalam meeeting tu nanti. Susah
kalau jadi boss muda ni."
"Apa
la Abang ni cakap macam tu pulak. Hmmm... Nanti lah Ina cuba minta off
pada bulan tu. And then, Kita satu family boleh pergi holiday!"
"What? Holiday? Ayang merepek apa ni... Kan Abang takda."
"Memang la Abang takda. But I means, Apa kata kalau Ina dengan Dany ikut sekali Abang pergi Terengganu?"
"Hmm.. Ok jugak tu... Dapat la hilangkan bosan si putra tu."
"Hehehe. Ni Dany dekat mana dia?"
"Hmm... Mana lagi. Ada la dekat dalam bilik dia tu. Merajuk. Haha kuat merajuk betul."
"Ikut perangai Abang la kuat merajuk."
"Eh, Ada pulak kita Ayang ni..."
"Haa... Nak terusik hati la tu. Hehe"
Dany memencilkan dirinya di dalam bilik. Sedang memujuk semula
hatinya dengan melayari laman internet. Laman pertama yang dia layari
adalah laman MukaBuku. atau Facebook. Zaman sekarang kalau tiada Facebook akan dipandang rendah dan ketinggalan zaman. Jadi Dany pun
tidak mahu dipandang sebegitu. Ada banyak baik dan buruknya di laman
facebook dan internet ini. Macam-macam boleh terjadi dan akan
memesongkan jiwa anak-anak kecil juga anak-anak remaja. Contohnya, seperti video-video clips, Gambar-gambar yang tidak sedap mata
memandang. Dan pelbagai lagi. Kalau tersalah guna internet, akan
binasalah diri. Kerana laman internet ini amat lah luas. Apa saja yang
ditulis. Belum tentu tiada. Mungkin kebanyakkannya ada. Jika tidak
dikawal dan dihadkan oleh ibu bapa, ia mungkin akan mempengaruhi minda
anak-anak. Termasuklah Dany. Di usia yang masih muda dia sudahpun
memasukkan dirinya ke dalam debu-debu dosa. Di sekolah perangainya
tersangatlah luar biasa. Dari segi pergaulan diantara rakan-rakan
karibnya segala carutan yang dikeluarkan, sudah menjadi kebiasan
diantara Dany dan rakan-rakannya. Namun dia pandai berpura-pura
di hadapan guru, gadis, dan kedua orang tuanya sendiri. Kebiasaannya dia
berpura-pura dengan menunjuk-nunjukkan kebaikkan dan menyembunyikan
keburukkan. Walaupun dia seorang yang sebegitu, Dany pintar dalam
pelajaran. Keputusan peperiksaannya sering memuaskan hati kedua-dua
orang tuanya. Sedang dia terleka dengan memain game di Facebook.
Terlihat di friend requests ada seseorang yang ingin menambahkan Dany
di dalam senarai rakan seseorang tersebut.
Siapa add aku nih? Bisik hati kecilnya. Dan apabila dia melihat. Terus
terloncat dia dari kerusi. Haha nak jugak dia ni add aku. Ternyata
seseorang yang add dia adalah Aizah. Lalu mereka berduapun berbual
di laman Facebook itu.
"Assalammu'alaikum." Sapaan dari Aizah.
"Walaikumsalam." disambut Dany.
"Awak buat apa Dany?"
"Chatting dengan awak la."
"Esok awak datang sekolah tak?"
"Datang la. Kenapa?"
"Saya saja tanya."
"Awak dekat mana Aizah?"
"Dekat rumah je."
"Oh, Rumah awak ada internet ke?"
"Kan saya chatting dengan awak ni. Maknanya ada la. Kenapa awak tanya"
"Saya ingat awak takda internet. Hehe"
"Takkan la saya nak heboh kat awak yang saya ada internet."
"Habis tu kenapa taknak add?"
"Saja malas nak add. Lagipun saya baru je dapat tahu nama fb awak."
"Ok. I Love you... hahaha."
"Jahat la Dany ni..."
"Jahat apa?"
"Mana boleh cakap i love you. Dosa la"
"Dosa kenapa?"
"Yalah... Saya perempuan. Awak lelaki. Lepas tu kita kecik lagi. Mana boleh main love-love"
"Hahaha ok makcik..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan