Protected by Copyscape Original Content Checker

Walaupun saya tak nampak apa yang awak sedang lakukan, namun ALLAH SWT MAHA MELIHAT. Ingat tu!

Jumaat, 27 April 2012

Dosa Kelmarin Bhg 1. (Kisah Bersiri)






Masrina & Nazri Menghabiskan saat-saat percutian mereka selama seminggu di Pelangi Beach resort, Pulau Langkawi. Mereka duduk berdua di atas pangkin sambil menikmati keindahan angin-angin di waktu senja di tepi pantai. Mereka bersama sehingga sang matahari hampir ingin menggantikan tugasnya kepada sang bulan. Sedang mereka bersama, Entah bagaimana sesuatu yang di impikan oleh semua pasangan suami isteri. Tiba-tiba terlintas di gedung fikiran Nazri. Lantas. Terus dia menyoalkannya kepada Masrina.


"Sayang..."  Dengan lembut suara Nazri. Dan itulah perkataan yang pertama ditujukan untuk menyoal Masrina.

"Ya Bang. Ada apa?" Jawab Masrina.

"Kalau abang nak minta sesuatu, ayang kasi tak?"

"Hehehe... Apa dia bang? Nak cari madu untuk Ina ke?"  Tanya Masrina disusuli dengan menyindir.

"Eh, ada kesitu pula ayang ni. Bukanlah. Abang... Abang nak... errr... errr..."  Dengan Segan-Silu Nazri mengenggamkan Jari Telunjuknya sendiri.

"Abang ni kenapa? Dah buang tebiat ke apa? Ish ish ish... Kesian... Muda-muda lagi dah nak kena alzheimer." Usik Masrina Terhadap suaminya yang sering terusik hati.

"Apa ayang ni? Hmmm... Tak sukalah macam ni. Sampai hati ayang cakap abang macam tu. tak apa..." Merajuk Manjanya Kerana ingin mengambil semula hati Masrina.

"Ahahaa... Apalah abang ni... Sudah lah. dah masuk maghrib dah ni. Jom bang. Kita balik bilik."

****************************************************************
Sesudah sampai di bilik penginapan mereka, Nazri menghempaskan tubuhnya ke atas tilam yang gebu lagi empuk.
Sambil Masrina pula terus menuju ke bilik mandi. Dikala terbaring di atas katil berseorangan, Nazri memikirkan semula soalan yang ingin di tujukan kepada isterinya Masrina ketika di pantai tadi. Patut ke aku tanya dia soalan tadi? Patut ke kalau aku cuba nak beritahu dia yang aku dah lama inginkan seorang cahya mata? Sedangkan aku tahu yang Masrina tak boleh mengandung. Ah! Lupakan sajalah niat pelik aku ni. Bisik hatinya dan cuba untuk melenyapkan soalan yang bermain di mindanya. Memandangkan malam ini adalah malam terakhir mereka bercuti di Pulau Langkawi, jadi Nazri terus menelefon sesebuah hotel di Langkawi untuk menempah meja makan malam yang istimewa buat mereka berdua sebaik saja Masrina keluar dari bilik mandinya nanti.  
Selesai sudah Masrina membersihkan tubuhnya. Nazri bersuara.

"Sayang, Siap-siap ya. Abang nak bawak Ayang keluar."

"Nak pergi mana Abang?"

"Tak usah ditanya... Ayang siap je ok? Abang nak mandi kejap."

"Hmmm... okay."


Setelah selesai mereka berdua bersiap-siap. Manakala Nazri berbaju kemeja panjang putih. Berseluar jeans hitam.
Masrina pula dengan Selendang putih dan digandingkan bersama kurungan birunya. Segera melangkahkan kaki keluar dari bilik yang mereka diami. Tanpa membuang waktu terus menaiki kenderaan yang akan dipandu Nazri.

"Kita nak ke mana ni bang?" Halus suaranya.

"Erm... ala... Nanti Ayang tahu jugak. Nak kasi surprise dekat Ayang..."


Sepanjang perjalan mereka ingin menuju ke destinasi yang dirahsiakan oleh Nazri, Masrina juga turut memikirkan semula apa yang ingin ditanyakan oleh Nazri semasa di tepi laut tadi?. Adakah dia inginkan anak dari ku? Ya Allah, Kalau benarlah Nazri inginkan anak dari aku. Apakah harus aku lakukan?.
Akhirnya. Sampai juga mereka ke destinasi yang dirahsiakan oleh Nazri. Di Langkawi Seaview Hotel. Apabila mereka menjejakan kaki untuk menuju ke pintu gerbang hotel itu, hati Masrina sungguh terharu. Namun dia hanya berdiam. Dan mengukirkan senyuman di bibir.

"Silakan masuk." Kata si penyambut tetamu itu. Dan datanglah seorang pelayan untuk membawa mereka berdua ke meja khas yang telah ditempah oleh Nazri.
Iringan music Kiss from A rose menambahkan lagi romantis makan malam mereka.


"Ayang macam mana? Happy tak? Okay tak tempat yang Abang bawakan ni? "  Tanya Nazri.

Sambil tersenyum, Masrina memberikan jawapan." Abang, tempat mana pun yang Abang bawa untuk Ina. Semuanya Ina rasa bahagia. And, This is the most special place for me... Thank you dear."


Ramai betul orang di hotel waktu itu. Dan Nazri Termenung jauh di meja makan 1set keluarga. Berhadapan dengan meja makan mereka berdua. Ada beberapa kanak-kanak berlari di situ. Tak henti-henti dia memandang kanak-kanak yang berlari-lari pergi ulang-alik ke ayah dan ibu nya.  Masrina memandang wajah suami nya. Dia dapat merasakan yang Nazri benar-benar inginkan anak.

"Abang...?" Panggilan suara Masrina seakan mengejutkan renungannya kepada anak kecil itu.

"Eh, Ya. Ayang. Ayang dah sudah ke? Kita balik ya?"

"Hmm... Tak ada apa lah Abang. Abang kenapa? Lepas makan ni Abang diam je..."

"Haa? Eh, mana ada apa-apa la... Abang okay je ni. Apa la Ayang ni..."  Sengaja dia berbohong kerana ingin menyedapkan hati Masrina.

"Betul ke ni? hmm... yalah..." Masrina dapat merasakan yang Nazri cuba membohongi dirinya.

"Ya. Okay. Jom la kita balik resort. Abang mengantuk la. Esok pagi-pagi kan kita dah nak kena balik KL dah."

"Okay. Terserah Abang la. Ina ikut je."


Di dalam perjalanan menuju pulang ke resort, Masrina terus menembakkan soalan mengenai anak kepada Nazri.

"Abang nak anak kan?" Serious Masrina.

"Ish! Apa yang Ayang maksudkan ni? Hahaha... Abang tak faham la. Anak? Kenapa tiba-tiba cakap pasal anak pulak ni?" Soalnya kembali.

"Sudah la Abang. Tak usah la Abang nak berbohong dengan Ina lagi. Tolonglah. Ina nampak dalam mata Abang, Ina nampak riak wajah Abang bila Abang perhatikan budak itu tadi. Abang inginkan seorang anak bukan?" Dengan air mata bergenang di kelopak mata, Dia menekankan soalannya.

"Ya. Memang Abang dah lama inginkan seorang anak. Habis tu, kenapa?" Sedikit menaik nadanya.

"Okay. Kita berkahwin dah lama, seorang anak pun belum ada lagi. Disebabkan rahim Ina terlalu lemah. Abang, Ina rela kalau Abang ingin bernikah lagi satu."

"Apa Ayang cakapkan ni? Jangan nak merepek la Ayang! Abang cintakan Ayang seorang je. Abang tak kisah la. Kita ada anak ke, tak ada anak ke, Abang akan tetap bersama dengan Ayang walau sampai Abang terkorban nyawa sekali pun." 

"Itu mungkin kata-kata di bibir Abang yang ingin menyedapkan hati Ina bukan? Yang sebenarnya, dalam hati Abang tu?"

"Sudah lah Ayang. Ayang nak cakap apa, cakaplah. Terserah Ayang lah."


Sesudah itu, Mereka berdiam di antara satu sama lain. Sehingga sampai ke bilik resort. Mereka pun berdiam lagi.  Keesokan harinya, mereka sedang bersiap-siap dan mengemaskan barang-barang, juga pakaian mereka kerana ingin pulang Kuala Lumpur. Tiba-tiba ada suara halus yang kesayu-sayuan."

"Abang, Ampunkan Ina bang. Ina tahu Ina tak sepatutnya tinggi suara pada Abang semalam." Sayu suaranya.

Sambil tersenyum Nazri menghembuskan nafas dengan perlahan. Dia berkata.

"Sayang... Sudah lah tu. Abang sikit pun tak ambil hati. lagipun, memang benar apa yang Ayang katakan tu. Abang memang nak kan sangat seorang anak. Tapi nak buat macam mana. Mungkin, Belum ada rezki lagi. Sabar... Insya'Allah... Ada nanti... "

"Betul ke Abang? Thanks dear. love you. love you so much!"

"Yups. Kita tunggu je. Okay? Don't worry la..."

"Hehe... Amboi? Sepatutnya Ina yang cakap macam tu pada Abang..."

"Oh, iya ke? Hahahaa... Apa-apa la Ayang... Eh, Alamak! Ayang, jom cepat siap-siap. Tertinggal ferry nanti kita."

******************************************************************** 
2 Tahun Kemudian.
********************************************************************

Mereka berdua meneruskan kejayaan masing-masing. Nazri bekerja sebagai Pengurus Kewangan. Dan Masrina pula seorang Pensyarah di University. Sudah bermacam cara mereka usaha untuk mendapatkan seorang Anak. Ada juga beberapa rakan sepejabat Nazri mengesyorkan satu produk sejenis pil makanan khas untuk suami dan isteri. Entah bagaimana Pada satu hari. Nazri & Masrina mengambil keputusan untuk mencuba makan produk itu.
Dan, selama 5 bulan mereka mengamalkan makan produk itu, Alhamdulillah. Masrina disahkan oleh Doctor yang dia sudah mengandung 2 bulan.


"Tahniah! En.Nazri. Isteri En.Nazri mengandung 2 bulan." Kata doctor itu.

"Apa? 2 bulan? Serious doctor? Alhamdulillah..." Ceria riak wajahnya.

"Ya. Tetapi jangan terlalu gembira ya En.Nazri. Kerana kandungan isteri En.Nazri sangat lemah. Kemungkinan akan terjadinya keguguran."

"Habis tu, tak ada cara lain ke yang boleh menyelamatkan kandungan isteri saya ni doctor?"

"Cara lain tiada En.Nazri. Cuma saya nasihatkan agar isteri En.Nazri jangan terlalu banyak bergerak dan jangan selalu berbuat kerja yang berat-berat. Kena perbanyakkan beristirehat. Dan yang paling penting sekali, kita berserah saja kepadaNYA. Berdoalah."

"Ya Allah. Tak ada cara lain? Ya. Doctor. Baiklah. Terima kasih..."

"Ya. Saya berharap, En.Nazri perbanyakan bersabar"

"Terima kasih Doctor..."

Awalnya, Nazri agak kecewa dengan kenyataan doctor itu tadi. Kemudian, Dia berfikir secara positive. Tak apa lah. DIA yang Penentu segalanya. Lalu dia terus menuju kepada Masrina sambil mengukirkan secebis senyuman kegembiraan.

"Abang, Doctor kata apa pada Abang tadi?"

"Doctor kata, Ayang tak boleh banyak bergerak. Bahaya. Iyalah, kesian la nanti anak papa dekat dalam ni kepenatan dia... Hehe"

"Ewah... ewah... Ada-ada saja la Abang ni."

"Iya... Abang tak sabar betul nak tunggu dia hadir dalam keluarga kita."

"Sabar la Abang... Ina pasti yang anak ini akan menceriakan suasana rumah kita nanti..."

****************************************************************

7 bulan telah pun berlalu. Alhamdulillah. Sepanjang 9 bulan anak yang dikandungkan Masrina, Tiada apa-apa masalah dan kesulitan sekalipun. Walaupun doctor sudah menyatakan bahawa kandungan di dalam rahim Masrina sangat-sangat  lemah. Tetapi dengan mengikuti nasihat daripada doctor, Alhamdulillah. Tiada terjadi apa-apa yang membimbangkan disepanjang kandungannya. Dan hari ini Masrina bakal melahirkan anak yang berada didalam kandungkannya itu. Selama beberapa minit Masrina berada didalam bilik bersalin. Nazri yang berada diruang menunggu diluar merasa risau dan takut akan terjadi apa-apa yang tidak di ingini kepada isterinya. Mungkin pengalaman kali pertama. Sebaik sahaja pintu bilik bersalin dibuka, keluarlah seorang doctor dan juga seorang jururawat. Kedua-dua insan itu melemparkan senyuman ke arah Nazri yang masih lagi berada didalam kerisauan.


"Tahniah! En.Nazri. Isteri En.Nazri selamat melahirkan. Dan En.Nazri dikurniakan seorang anak lelaki. " Sambil doctor itu mengukirkan senyuman.

"Anak lelaki doctor? Ya Allah! Alhamdulillah..."  Tak dapat digambarkan bertapa gembiranya Nazri Bagaikan dia adalah bapa yang paling gembira sekali di dunia ini.

Masrina dipindahkan di wad bersalin. Jam menunjukkan pukul 5.45 petang. Nazri melaungkan azan di kedua-dua telinga bayi yang masih merah dan bersih kulitnya. Masih tertutup rapat lagi mata si comel itu.

"Sayang, Abang nak namakan dia, Muhammad Hafiz Danial. Cantik tak nama tu Ayang?"

"Muhammad Hafiz Danial? Sedap nama tu Bang..."

"Sedapkan nama tu? Anak papa. Muhammad Hafiz Danial bin Ahmad Nazri. Hehehe..."

"Mari sini sayang mama. Alololooo... Cuba tengok mata dia. Sebiji macam mata Abang"

"Hehehe... Iya ke? Tapi, keseluruhan wajahnya lebih kepada Ayang la... Hehehe..."


Muhammad Hafiz Danial dibawa pulang ke rumah banglo 2 tingkat. Tidak menjadi masalah kepada Nazri & Masrina untuk memiliki kediaman dan rumah yang serba mewah. Kerana mereka berdua seorang yang berkejaya. Pengalaman pertama mempunyai anak, Memang sangat bahagia. Tambahan pula ibu Masrina yang dari kampung Alor Setar Kedah tinggal bersama mereka untuk beberapa minggu bagi menjaga Masrina yang masih berada di dalam keadaan berpantang sewaktu lepas bersalin. Pelbagai jenis Jamu-jamu dan Ubat-ubatan tradisional dibawa ibu Masrina dari kampung.


"Mak ni... Kenapa la bersusah payah nak datang sini jauh-jauh dari kampung kerana nak jaga cek? Kan ada Mak Piah."

"Alah... Apa nak susah pulak. Tak susah pun... Lagipun, Ini kan cucu sulung mak. Nak harapkan orang gaji tu. Hmmm! Tak usah lah. Mak lebih suka kalau mak sendiri yang jaga hang dalam pantang ni."

"Hehehe... Iya iyalah mak... Ni mak dekat sini lama ke?"

"Tak ada lah lama sangat... Risau tinggalkan bapak hang seorang diri ja dia di kampung tu. Mak ajak dia datang sini dia tak mau. Katanya takut nanti ada orang nak panggil dia mesyuarat di balai raya. Dia kan ada pegang jawatan sebagai AJK di masjid kampung kita tu."

"Haah. Biasa lah mak... Kalau orang dah ada jawatan ni... Memang susah nak kemana-mana."

"Betui kata hang tu Ina. Haa. Jamu tu nanti dengan air halia ni hang jangan lupa pula makan dan minum. Biar cepat sembuh dalaman hang tu. Lagi 5 hari hang dah boleh ikat bengkung. Supaya tak masuk angin. Ingat Masrina. Jaga anak hang tu baik-baik. Ajar dia dan jadikan dia sebaik-baik manusia."

"Apa mak? Ikat bengkung? Hmmm... Iyalah mak..."


Bersambung... klik sini -> (Bhg 2) dan (Bhg 3) 

3 ulasan:

PenaMenari berkata...

begitu sayu rasa dihatiku, ketika aku membaca nukilan mu itu...seandainya semua itu terjadi padaku, sudah pasti jiwaku terasa sendu.

Putrin Ieja berkata...

maaf..agak terlewat akk baca nukilanmu ini...rasanya adik fahamkan...sebuah cerita yang bagus namun sebagai buah tangan yang pertama pasti ada kekurangannya...begitu juga nukilan pertama akk dulu...adik mempunyai intro yang baik cuma bagi akk adik perlu lebih byak membaca novel2...dimana adik boleh menimba teknik2 penceritaan dri org yg lebih arif...same2lah kite blajar ya... <3

Nur Syafiqah bt Yahya berkata...

Insya'Allah... terima kasih... terima kasih... terima kasih...